NEWS




 Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.
Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.
"Paling terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang peniaga buah tertipu dengan wang RM100 yang diberi oleh sepasang suami isteri minggu lalu,'' katanya kepada pemberita di Wisma MCA semalam.
Kata Micheal Chong, mangsa yang dikenali sebagai Lohman, 53, yang berniaga di Jalan Klang Lama, telah menerima kunjungan sepasang suami isteri yang membeli buah-buahan di kedainya.
Bagaimanapun apabila diberikan RM100, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengambil wang itu tanpa banyak bicara.

 _____________________________________________________________________________



WANG kertas RM50 palsu (bawah) yang diterima seorang pensyarah semalam dipercayai dari satu sindiket wang palsu.
KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah sebuah kolej swasta di sini, terkejut apabila mendakwa menerima wang palsu daripada seorang warga Indonesia ketika berurus niaga di Pasar Chow Kit di sini, baru-baru ini.
Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia, pada mulanya dia tidak menyedari wang yang diterimanya adalah palsu sehinggalah wang tersebut tidak diterima ketika beliau membeli-belah di sebuah pasar raya minggu lalu.
“Saya terkejut apabila jurujual sebuah pasar raya mendakwa wang kertas not RM50 yang saya gunakan untuk membayar barangan yang dibeli adalah wang palsu.
“Saya tidak berpuas hati dengan dakwaan jurujual itu cuba mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun saya menggunakan mesin deposit di bank berdekatan tetapi juga gagal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Kamalia, setelah mencuba beberapa kali, akhirnya beliau akur bahawa itu adalah wang palsu.
Katanya, beliau tidak sedar bahawa wang yang dibawanya adalah wang palsu sehinggalah kejadian yang menimpanya di pasar raya berkenaan.
“Sekali tengok tak perasan itu wang palsu, tapi bila saya perhatikan betul-betul baru perasan perbezaan antara yang tulen dan yang palsu,” ujarnya.
Antara ciri-ciri perbezaan yang ketara pada wang palsu berkenaan adalah warnanya yang lebih gelap, kertas lebih licin, saiz yang kecil dan warna yang mudah luntur.
Selain itu, garisan perak yang merupakan salah satu ciri keselamatan wang juga hanya ditampal menggunakan pelekat dan mudah ditanggalkan.
Beliau seterusnya mendakwa menerima wang palsu berkenaan ketika membuat urus niaga di pasar Chow Kit sehari sebelum kejadian.
“Saya pun tak ingat kedai yang mana satu, tapi saya memang pasti, duit itu saya dapat dari kalangan peniaga di pasar Chow Kit,” dakwanya.
Jelasnya, dia juga tidak membuat sebarang pengeluaran wang RM50 selepas berurus niaga di pasar Chow Kit itu.
Dia juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan setiap urus niaga yang dilakukan terutamanya yang melibatkan penggunaan wang RM50 dan tidak menolak ia mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran wang palsu.
Beliau bagaimanapun hanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu petang semalam.

__________________ _________________
Wang kertas palsu bernilai RM50 dan RM100 dikesan kerap 'berlegar' di pasar malam. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi dapat mengurangkan risiko itu.


KITA biasa melihat lampu-lampu putih atau lampu mentol oren digantung di premis-premis peniaga pasar, tetapi mengapa lampu itu perlu digantung di situ?
"Untuk mengesan ketulenan wang kertas." Inilah jawapan yang diberi peniaga kepada penulis ketika diajukan persoalan mengenai tujuan lampu atau mentol digantung dalam premis mereka.
Begitulah seriusnya usaha peniaga-peniaga bagi mengelak menerima wang palsu daripada pelanggan.
"Kita tidak pasang suka-suka lampu ini. Kami pasang sebab mudah untuk kami kesan duit palsu dalam kesibukan melayan pelanggan di sini.
"Paling-paling tidak, kami dapat nampak potret Yang di-Pertuan Agong pun cukup, terutama bagi wang kertas RM50 dan RM100," kata Mohd. Isa Chik, 32, seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang peniaga yang pernah mempunyai pengalaman ditipu pelanggan membayar menggunakan wang palsu tahun lalu, Isa akui berlaku kerugian pada jualannya.
"Bayangkanlah, dia bayar kita duit palsu yang kita tidak boleh guna untuk apa-apa. Sedangkan dia pula dapat wang baki dari wang yang tulen dan dapat barang pula," ujar Isa kesal dan kini mengamalkan sikap berhati-hati dengan setiap wang yang dihulur pelanggan .
Pengalaman sama turut dilalui oleh Ahmad Saliban, 59, atau lebih mesra disapa sebagai Wak seorang penjual daging lembu yang mempunyai 30 tahun pengalaman berniaga di pasar.
"Sekarang, kami lebih berhati-hati. Sepanjang saya berniaga, banyak kali tertipu dengan wang kertas palsu, terutama not RM50.
"Mereka ini sangat licik, datang dalam keadaan kelam-kabut, beli banyak-banyak dan pergi cepat-cepat hingga Wak sendiri susah nak cari semula kelibat dia," kata Wak sambil memberitahu kali terakhir menerima wang kertas palsu ialah kira-kira dua bulan lalu .
Lebih membingungkan Wak, rata-rata pelanggan yang dikesan membayar menggunakan wang palsu adalah kalangan remaja.
"Wak rasa macam ada sindiket, sebab itu mereka ini licik," kata Wak yang mengakui buntu untuk mencari penyelesaian masalah wang palsu itu.
Sukar dikesan
Bagi Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Pudu, Kuala Lumpur, Jeff Tan, transaksi jual beli menggunakan wang palsu di pasar sukar untuk ditangani.
Kesukaran itu kerana jual beli berlaku pada waktu awal pagi sebelum hari cerah.
"Banyak aduan yang kami terima mengenai wang palsu RM50 khususnya. Boleh dianggarkan, dalam masa sehari dua atau tiga keping wang kertas palsu RM50 akan dikesan oleh peniaga sebelum membuat aduan kepada persatuan," ujarnya kesal.
Namun sebagai wakil kepada lebih 200 peniaga di Pasar Pudu, Tan tidak akan membiarkan dilema itu terus menghantui peniaga dan merosakkan perniagaan ahlinya, sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.
Transformasi wang kertas
Mungkin wang kertas not RM50 biasa di mata, di tangan dan di dalam dompet kita. Namun berapa ramaikah dalam kalangan kita yang tahu bahawa wang kertas itu sebenarnya diperbuat daripada kapas?
Bunyi macam pelik, tapi itulah faktanya. Tetapi tahukah anda, ini juga merupakan faktor utama yang membezakan wang kertas tulen dengan yang palsu.


Justeru, jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu, perubahan siri wang kertas negara ini berlaku sejak tahun 1967 hingga kini dengan purata masa perubahan di antara 12 ke 15 tahun.
"Perubahan wang kertas bergantung sepenuhnya kepada teknologi percetakan. Apabila ada teknologi terbaru yang boleh meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pada wang kertas kita akan mula membuat perbincangan menukarnya.
"Perubahan itu juga meliputi reka bentuk, corak dan ciri keselamatan yang lebih baik berbanding edaran wang kertas sebelumnya," kata jurucakap BNM memulakan bicara ketika ditemui di Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn baru-baru ini.
Sambil menunjukkan koleksi wang kertas RM50 siri pertama hingga keempat, jurucakap BNM menjelaskan, beberapa perubahan telah berlaku pada wang kertas RM50 negara kita.
Secara kasarnya, perubahan itu nampak jelas apabila ditunjukkan keempat-empat siri wang kertas not RM50 di depan mata.
Perubahan itu termasuklah dari segi tema, reka bentuk dan pertambahan ciri keselamatan pada setiap keping wang kertas itu sendiri.
"Perubahan bukan sahaja pada rekaannya tetapi setiap inci rekaan itu ada ciri keselamatannya.
"Benang keselamatan yang putus-putus itu namanya teknik  stardus . Secara kasar kita nampak garisan benang itu putus tapi hanya dengan imbasan sinaran ultra sahaja ia dapat dibaca," ujarnya sambil menunjukkan koleksi wang kertas not RM50 siri pertama kepada wartawan  Kosmo!  baru-baru ini .
Di mata penulis sendiri, terlalu banyak perbezaan jika dilihat wang kertas dari edaran pertama BNM hingga edaran keempat ini.
Bagaimanapun, ada beberapa elemen pada wang kertas lama dikekalkan hingga pada wang kertas terbaru ini.
Nombor siri pada wang kertas lama mempunyai kedudukan melintang sebelum diubah kepada kedudukan melintang dan memanjang bermula dengan siri kedua hingga siri yang terbaru ini.
KAKITANGAN Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan transformasi wang kertas RM50 di Bank Negara Malaysia.


Bermula tahun 1982, wang kertas mengalami transformasi. Dalam edaran siri kedua, BNM telah menggunakan tema bangunan yang menjadi mercu tanda negara sebagai corak pada wang kertas.
Ketika BNM mula mengedarkan wang kertas siri kedua, wang kertas not RM20 dan RM500 turut diperkenalkan.
Bermula dari itu juga wang kertas mula dicetak lebih tebal.
Wang kertas dalam siri keempat atau yang terbaru ini lebih tebal berbanding wang kertas siri pertama hingga siri ketiga.
"Tebal itu bermaksud, dakwat cetakan itu sendiri. Nampak macam biasa tapi bila kita rasa permukaan wang kertas akan ada rasa kesat. Berat sekeping wang kertas not RM50 yang terbaru ini lebih sedikit berbanding wang kertas yang lain," katanya.
Wang kertas juga mempunyai tema bagi corak yang terdapat pada wang kertas. Ia juga mengalami perubahan setiap kali ada pertukaran siri.
Dalam siri pertama, belum ada tema yang khusus pada wang kertas not RM50 tetapi bermula siri kedua, wang kertas itu menggunakan tema bangunan yang menjadi mercu tanda pembangunan negara.
Bagi siri ketiga pula, tema khas wawasan 2020 diaplikasikan pada wang kertas not RM50 dengan gambar-gambar motif pelancongan, telekomunikasi, pembinaan, pengangkutan, perlombongan dan perkilangan yang menjadi sumber pendapatan negara.
Siri keempat pula, menggunakan tema misi nasional negara.
ISA kini lebih berhati-hati menerima wang daripada pelanggan kerana pernah mempunyai pengalaman ditipu sebelum ini.


Malah, dalam siri keempat yang terbaru dikeluarkan ini juga terdapat banyak tanda untuk mengesan wang itu tulen atau palsu.
"Bandingkan wang kertas lama dengan yang baru di bawah cahaya ultra ini. Jelas menunjukkan betapa banyak ciri keselamatan yang ada tidak mampu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukannya.
"Ada tiga peringkat untuk mengesan wang palsu. Peringkat pertama adalah di pihak pengguna melalui deria rasa, kedua ialah di peringkat industri yang boleh menggunakan cahaya ultra ungu dan peringkat ketiga ialah di pihak bank sendiri," ujarnya.
Jadi, andai kata, anda fikir boleh memperdaya orang lain dengan sewenang-wenangnya, anda adalah silap.
"Banyak teknologi yang digunakan untuk sekeping wang kertas. Antara teknologi percetakan dari negara maju yang diguna pakai dalam wang kertas kita ialah teknologi dari negara Jerman," katanya.

                     _________________________________________________________


Ciri keselamatan dipertingkat
Azman menunjukkan wang kertas siri baru yang dikeluarkan Ba​​​​nk Negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketulenan wang kertas siri baru boleh dikenal pasti dengan mudah



Ciri keselamatan yang dipertingkatkan pada wang kertas siri baru yang diedarkan Ba​​​​nk Negara Malaysia tahun lalu membolehkan orang ramai mengenal pasti ketulenannya dengan mudah dan tepat. 



Hanya dengan menyentuh permukaan dan melihatnya dengan berlatarbelakangkan cahaya, membolehkan orang awam mengenal pasti lebih 90 peratus ketulenannya tanpa perlu menggunakan peralatan canggih. 



Ciri keselamatan moden 
Pengarah Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara, Azman Mat Ali, berkata wang kertas siri baru itu mempunyai ciri keselamatan lebih maju dan moden yang membolehkan orang ramai mengenal pasti ketulenannya tanpa ragu-ragu. 


Beliau berkata, terdapat tiga cara bagi orang ramai untuk memastikan ketulenan wang kertas siri baru itu iaitu dengan menyentuh permukaan wang kertas, melihat duit kertas dengan berlatarbelakangkan cahaya putih dan menyendengkannya bagi melihat benang keselamatan yang tertanam didalamnya. 



Katanya, antara ciri keselamatan yang lebih canggih dan maju yang terdapat pada wang kertas berkenaan ialah imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya. 



Sukar ditiru 

“Semua ciri keselamatan yang ditampilkan itu amat sukar untuk ditiru bagi pencetak wang palsu. Kalau mereka ingin melakukannya juga, adalah tidak berbaloi kerana ia membabitkan kos yang tinggi,” katanya kepada BH dalam satu temubual yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 



Azman berkata, orang ramai boleh menggunakan kanta pembesar dan cahaya ultra ungu untuk memastikan ketulenan wang kertas yang dimiliki mereka. 



Beliau berkata, dengan menggunakan kanta pembesar, orang ramai boleh melihat secara lebih dekat cetakan timbul huruf mikro (BNMRM1, BNMRM5, BNMRM10, BNMRM20, BNMRM50 dan BNMRM100) pada setiap wang kertas. 



Katanya, ciri keselamatan terbaru yang ada pada semua denominasi membolehkan orang ramai melihat unsur cahaya pendafluor dua warna dengan menggunakan cahaya ultra-ungu. 



Bagi denominasi RM1, orang ramai boleh melihat imej wau bulan dan angka satu dalam warna merah dan kuning, RM5 (imej burung enggang dan angka lima dalam warna merah dan kuning, RM10 (imej bunga Raflesia dan angka 10 dalam warna merah dan kuning), RM20 (imej penyu dan angka 20 dalam warna merah dan kuning, RM50 (imej bio-molekul berwarna merah dan kuning dalam angka 50) dan RM100 (imej Gunung Kinabalu dan angka 100 dalam warna biru dan kuning).





______________________________________________________________________



SHAH ALAM: Polis Shah Alam berjaya menumpaskan satu sindiket menghasilkan bon rizab simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan wang palsu negara itu yang bernilai ratusan juta ringgit, selepas menahan tiga lelaki dan seorang wanita termasuk seorang warga tempatan, dalam serbuan awal pagi tadi. 

Keempat-empat suspek ditahan di sebuah hotel di bandaraya ini, dalam satu serbuan yang dijalankan Ba​​​​hagian Jenayah Komersial Shah Alam. 



________________________________________________________________________



BEWARE OF FAKE MONEY



______________________________________________________


BEWARE OF FAKE MONEY



______________________________________________________


A Couunterfeit Money Detector Can Save You a Lot of
Money



Are you using a counterfeit money detector ? Many small and medium businesses are not using any kind of protection. This can cost you a lot of money. Every day there are thousands of bill payments. According to different studies from the government every 1 of the thousand 100 dollar bills are fake.

Can you imagine that every one of the 1000 customers paying you with counterfeit money? Most likely not, no one expects s​​​​omething like that but this is reality. How many customers are passing by at your store? An average small business have 100 customers a day at least. So you could get hit every 10 days with a counterfeit bill.

A good way to protect yourself is by using a counterfeit money detector of a good brand. A counterfeit detector doesn`t have to cost a lot of money. You don`t want to get hit. The biggest frustration is discovering too late that you have a counterfeit bill of 50 dollars. Why, ​​​​it's easy to explain. Because usually you are the one who accepted the money. So you could avoid the problem if you just had a counterfeit money detector.

Just imagine you would get one every month. That 50 dollars down the drain and it will cost you 600 dollars a year. We know that saving money is important, but saving pennies and accepting to lose thousands is not a good way of doing business. How much is does a counterfeit money detector cost? The Banlivo Cashier Mate 93 is only 150 dollars. So are you saving 150 dollars and accepting to lose 600 dollars a year? If you don`t have a counterfeit money detector already, I would suggest you to start thinking about it very seriously.

How big is the chance that you get hit? The truth is that every kind of protection is not guaranteed. A shoplifter guard told his experience how it really works. All the surveillance camera`s, security guards, gates and counterfeit money detectors will not avoid that you will get hit. But these criminals are looking for shops where they can easily do things without getting noticed. This expert said it's a game of chance. The higher the success rate for these criminals the more likely they will come.

A store with a lot of protection will scare away a criminal. The more tools and protection you have the lower the chance that you will get hit. Small shops are usually less protected than the big chains. This is also way many small shops are getting hit easily. Getting all the equipment reduces your risk. Just imagine if a criminal can choose for a big chain with security guards, camera`s and counterfeit money detectors or a small store with nothing at all. The choice is easily made. So don `t become a sitting duck, scare unwanted guests out of your store!

Get a counterfeit money detector like the Banlivo Cashier Mate 93. Make sure that every banknote that you receive is genuine. Reduce your risk and get the a Banlivo Cashier Mate at
http://kimmentor2014.blogspot.com/





_______________________________________________________________________________



How To Detect Counterfeit Money ( US Dollar )

The public has a role in maintaining the integrity of US currency. You can help guard against the threat from counterfeiters by becoming more familiar with United States currency.

Look at the money you receive. Compare a suspect note with a genuine note of the same denomination and series, paying attention to the quality of printing and paper characteristics. Look for differences, not
similarities.

Portrait      
The genuine portrait appears lifelike and stands out distinctly from the background. The counterfeit portrait is usually lifeless and flat. Details merge into the background which is often too dark or mottled.




Federal Reserve and Treasury Seals
On a genuine bill, the saw-tooth points of the Federal Reserve and Treasury seals are clear, distinct, and sharp. The counterfeit seals may have uneven, blunt, or broken saw-tooth points.




Border
The fine lines in the border of a genuine bill are clear and unbroken. On the counterfeit, the lines in the outer margin and scrollwork may be blurred and indistinct.




Serial Numbers
Genuine serial numbers have a distinctive style and are evenly spaced. The serial numbers are printed in the same ink color as the Treasury Seal. On a counterfeit, the serial numbers may differ in color or shade of ink from the Treasury seal. The numbers may not be uniformly spaced or aligned.



Paper
Genuine currency paper has tiny red and blue fibers embedded throughout. Often counterfeiters try to simulate these fibers by printing tiny red and blue lines on their paper. Close inspection reveals, however, that on the counterfeit note the lines are printed on the surface, not embedded in the paper. It is illegal to reproduce the distinctive paper used in the manufacturing of United States currency.


______________________________________________________________________________



How To Detect New 100 USD




_______________________________________________________________________________




               Why use a currency counter?

Trying to count money by yourself can take a long time, not to mention the high possibility of counting errors. Money counters save time and money by quickly and accurately counting money. These machines can be found in banks, schools, businesses and churches.

Money counters consist of bill counters and coin counters. Some bill counters are built with counterfeit detection built into them. You will need to ask yourself a few questions before choosing a money counter that best suits you.